Misi XL Rahim Sepahtu, Baru Hari Ke-6, Dah Berjaya Turunkan 13 Kg! Tahniah

loading...

Pelawak, Rahim Sepahtu berjaya menurunkan berat badannya daripada 125 kilogram (kg) kepada 112.8 kg selepas enam hari menjalani program Misi XL Rahim oleh Sinar FM.

Menerusi satu entri yang dikemas kini akaun Instagram Sinar memaklumkan perubahan berat badan Rahim dari hari ke hari sehingga berjaya menurunkan berat badannya hampir 13kg.

Sinar turut memuat naik foto penimbang berat yang menunjukkan berat terkini Rahim iaitu 112.8kg.


Berikut menunjukkan kapsyen yang menyatakan perubahan berat Rahim dari 24 Julai hingga terkini, 30 Julai :

"Perkembangan penurunan berat badan @rahimr2 dan kini berat badan Rahim adalah 112.8kg dari 125kg. Steadylah! #MisiXLRahim

  • 24/7/2017- 125.4
  • 25/7/2017- 119.5
  • 26/7/2017- 117.9
  • 27/72017- 117.3
  • 28/7/2017-116.4
  • 29/7/2017-114.4
  • 29/7/2017- 113.4
  • 30/7/2017- 112.8'"
Difahamkan, tujuan Misi XL Rahim adalah mahu pelawak itu menjalani kehidupan sihat dengan menurunkan berat badannya dari size XXL kepada XL.

Misi XL Rahim turut dibantu oleh dua orang coach iaitu Agam dan Aminah yang membantu penyampai radio itu melakukan senaman dan latihan setiap hari.

Rahim diberikan masa selama lima minggu untuk menurunkan berat badannya sebanyak 25kg.

Sumber: Astro Gempak

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.