Ini Respon Akbar Sahari Menegaskan Status Hubungannya Dengan Rita Rudaini

loading...

Hos TV dan pengulas sukan Astro Arena, Akbar Sari menafikan berita kononnya beliau dikatakan kembali bercinta bersama bekas isterinya, Rita Rudaini seperti yang disiarkan oleh sebuah blog beberapa hari lalu.



Akbar menyifatkan berita itu adalah fitnah semata-mata dan ia boleh menjejaskan reputasi beliau. Turut menganggap pihak yang menyiarkan artikel itu tidka bertanggungjawab serta berniat jahat, Akbar telah membuat satu laporan polis dan menuntut agar blog berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah blog hiburan yang menggambarkan seolah-olah saya dan bekas isteri saya sudah berbaik dan kembali menjalinkan hubungan mesra. Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik itu jelas mengelirukan dan berunsur fitnah.



Perkara ini telah menjejaskan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Ia turut memberi kesan yang mendalam terhadap saya dan keluarga. Saya memohon agar artikel berkenaan ditarik balik dalam tempoh 48 jam serta pihak berkenaan membuat permohonan maaf bagi menggelakkan kekeliruan masyarakat.

Akbar dan Rita pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1999 dan bercerai pada 2001. Rita kemudian berkahwin dengan pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 sebelum berpisah pada tahun 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.



Selepas bercerai dengan Rita, Akhbar berkahwin pula dengan Noorsuzilawati Mohd Noor pada 14 Mei 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.