Dituduh Abaikan Anak-Anak, Serina Redzuawan Tampil Beri Penjelasan

loading...

Tidak lagi mampu menahan mendengar tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, Serina Redzuawan telah tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi terhadap hak penjagaan anak-anaknya. Untuk makluman, hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’luanaigh. Serina telah mendapat 2 cahaya mata iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6 dan Isabella Saffiya O’luanaigh, 5. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memerintahkan hak penjagaan dua kanak-kanak itu kepada Gavin yang juga warga Britain.

serina chef wan

tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh sebuah portal kepada Serina
Oleh kerana itu, rata-rata netizen telah menuduh Serina sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan anak-anaknya kerana sanggup memberikan hak jagaan kepada bekas suaminya. Ramai yang berpendapat seorang ibu haruslah menjaga anaknya selepas penceraian. Namun untuk mengelakkan kekeliruan, Serina telah tampil memberikan penjelasan menerusi akaun Instagramnya.

Asalamualaikum, Ramai sungguh insan yg suka menabur fitnah dan mencari salah org lain, Biarlah i jelas kan supaya tak wujud Fitnah terhadap diri I tentang hak penjagaan anak, terlebih dahulu nak maklumkan Serina & Gavin tidak bergaduh dan berebut anak kami sepakat sama sama utk menjaga anak kami,memandangkan Dia kerja pejabat office hour.
Siang i sepenuh masa free lepas anak habis sekolah Serina lah yg jemput dan spend time urus hal kerja sekolah,mengaji anak,makan anak di rumah asal kami.

cuma pihak gavin minta malam anak bermalam di rumah asal kami sbb dulu kami dah renovate bilik anak anak supaya mereka selesa, sbb itu lah kami bersetuju perjanjian itu. Apa bezanya? Siang sepenuh waktu i dah bersama anak malam ngan Daddy dia .Salah ke?
Bukan nya Serina lepas tangan tinggalkan anak anak. MasyaAllah fitnah cukup besar kali ini disebarkan ,jawablah di akhirat . I Masih Rasional dan tau tanggungjwb menjaga anak anak i. Urusan Ustazah ajar mengaji pun semua i uruskan. Jgn suka lempar batu dan sembunyi tangan.Apa pun,I maafkan sesiapa yg fitnah i,moga di ampunkan dosa kalian.

serina chef wan

Admin percaya ramai yang risau apabila bekas suami Serina mendapat hak penjagaan anak-anak mereka. Ini kerana Chef Wan menerusi salah satu statusnya di Instagram memaklumkan yang Gavin adalah seorang “free thinker”. Jadi sedikit sebanyak sudah tentu ia akan memberikan impak kepada 2 anak comel ini. Malah Chef Wan sendiri telah memberi nasihat dan teguran kepada Serina berhubung hal ini. Apa pun, selaku seorang ibu, sudah tentu Serina mahukan yang terbaik untuk anaknya, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bab agama. Sama-sama kita doakan agar Serina diberi kekuatan menempuh dugaan ini.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.