Dasar manusia keparat!

loading...

KOTA BHARU, KELANTAN - Mahkamah Sesyen Kota Baru hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun setengah terhadap seorang bapa yang mengaku bersalah mencabul kehormatan anak perempuannya sendiri, lapor Harian Metro

Selain lelaki berusia 35 tahun itu, turut dijatuhi hukuman ialah bapa saudara mangsa dan seorang lelaki lain kerana merogol mangsa. 

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas bapa mangsa, bapa saudara mangsa berusia 21 tahun dan rakannya, Che Mohd Badrul Hisyam Che Hassan, 22, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan masing-masing. 

Bapa saudara mangsa dikenakan hukuman penjara 36 tahun dan 30 sebatan bagi tiga tuduhan merogol. Sementara itu, Che Mohd Badrul dipenjara selama 30 tahun dan sembilan sebatan di atas kesalahan yang sama. 

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berturut-turut bermula dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap pada 28 Jun lalu. 

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, bapa saudara mangsa dan Che Mohd Badrul didakwa telah merogol mangsa semenjak berusia 9 hingga 11 tahun pada pertengahan Mei 2014, pertengahan Januari hingga Disember 2015 dan pertengahan Januari hingga Disember 2016. 

Bapa saudara mangsa didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan  tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Che Mohd Badrul didakwa mengikut Seksyen 276(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, bapa mangsa didakwa mencabul anaknya sendiri antara jam 1 hingga 2 pagi pada awal tahun 2017. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan. 

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Gong Chokoh, Pasir Puteh. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.