Alhamdulillah, Bella Sudah Maafkan Saya & Saya Bukan Kaki Pukul – Aliff Aziz

loading...
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Alhamdulillah suka admin mendengar perkhabaran gembira tentang hubungan Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah ini. Mereka berdua telah pun bertemu dan memulakan hidup baru selepas kontroversi yang berlaku. Menurut Aliff, dia telah pun meminta maaf kepada isterinya atas apa yang telah terjadi.

aliff aziz

Malah Aliff Aziz turut menafikan dakwaan yang dirinya merupakan seorang kaki pukul seperti yang tersebar di laman sosial. Kata Aliff Aziz:-

Maafkan saya sebab tak menjawab sebarang panggilan semalam. Bukan sengaja, tapi saya sibuk menguruskan perkara lain. Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku. Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap.

Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya. Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.
Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan

aliff aziz

Memang macho sungguh kata-kata Aliff Aziz itu. Langkah pertama untuk kebahagiaan rumahtangga ialah mengakui kesilapan sendiri. Langkah kedua ialah tidak mengulangi kesilapan yang sama. Semoga Aliff Aziz akan belajar daripada kejadian ini. Hari ini, Aliff akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan apa yang telah terjadi. Namun begitu, Aliff tidak akan mengulas langsung tentang kehadiran wanita yang bersamanya di pusat karaoket tersebut. Aliff hanya akan memberi fokus kepada rumahtangganya sahaja. Kata Aliff lagi:-

Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok (hari ini) semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.

Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.
Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang

bella astillah

Sama-sama kita nantikan penjelasan dari Aliff Aziz hari ini. Apa pun, kita doakan agar rumahtangga mereka akan tetap utuh walaupun selepas apa yang terjadi.

Sumber Harian Metro.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.