7 PEMAIN HARAPAN KELANTAN 2017

loading...

1. Danial Ashraf (AM/ST) 19 tahun
2. Faris Shah (CB/RB/DM) 21 tahun
3. Syihan Hazmi (GK) 20 tahun
4. Nasharizam (CB) 21 tahun
5. Azwan Aripin (LB/LWB) 20 tahun
6. Muhamad Shafiq (AM) 21 tahun
7. Shahrul Hakim (CM) 21 tahun *cedera panjang ketika bersama skuad B22 kebangsaan.
1. Danial Ashraf, meledak 19 gol termasuk 2 gol ketika perlawanan akhir menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak Piala Presiden 2016. Baru berusia 19 tahun, Danial boleh beraksi lagi 2 tahun bersama Piala Presiden (B21). Popov pernah memanggil Danial ke skuad senior dan pernah disenaraikan dalam 18 pemain. Berpendapat beliau perlu diberi lebih peluang beraksi bersama skuad senior seperti Sapawi (T-Team).
2. Faris Shah antara yang bertuah memiliki peluang kesebelasan utama dengan kerap dibawah kedalian Popov. Aksi konsisten dan matang yang dipamerkan ketika bersama skuad senior memastikan tempat beliau bersama skuad senior 2017. Berusia 22 tahun musim depan, adakah beliau akan kekal di Kelantan atau ada pasukan sudah mula mengintai ketua pasukan bawah 22 tahun negara ini? Hati-hati.
3. Syihan Azmi. Juga penjaga gol bawah 22 tahun kebangsaan. Memiliki saiz yang bagus sebagai penjaga gol. Berani. Berusia 20 tahun bermakna ada setahun lagi bersama pasukan Piala Presiden 2017. Berpendapat Syihan perlu diberi pendedahan awal setahun bersama pasukan senior 2017 memandangkan TRW memiliki masalah yang serius di posisi penjaga gol simpanan.
4. Nasharizam. 21 tahun. Bermakna tiada lagi talian hayat untuknya untuk beraksi di Piala Presiden 2017. Pernah berlatih bersama skuad senior dibawah kendalian Popov, Nasha berpotensi untuk diserap dalam pasukan senior untuk musim 2017.
5. Azwan Aripin. 20 tahun. Masih boleh beraksi bersama Piala Presiden musim depan. Namun, berpendapat tidak salah untuk memberi peluang untuk LB ini beraksi sebagai 'rotation' Qayyum. Atau juga, boleh gandingkan bersama Qayyum dengan Qayyum dinaikkan sedikit ke posisi LW. Dua tenaga muda di bahagian kiri. Boleh cuba. Azwan juga memiliki ketajaman dalam sepakan percuma dengan menghasilkan beberapa gol menerusi kaki kiri pada awal musim Piala Presiden.
6. Muhammad Shafiq. Pernah menjalani latihan bersama skuad senior, Popov. Pernah disenaraikan dalam 18 dan masuk sebagai pemain gantian. Berusia 22 tahun pada 2017, beliau berpotensi berada dalam senarai 26 TRW 2017.
7. Shahrul Hakim. Sayang beliau cedera ketika sedang meningkay naik. Tidak pasti sejauj mana keadaan Halim sekarang. Beliau merupakan kapten pasukan sebelum Faris Shah. Untuk 2017 (22 tahun), pemain tengah bawah 22 tahun kebangsaan ini berpotensi disenaraikan dalam 26 pemain TRW.

7 pemain Piala Presiden ini antara yang menyerlah.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.