Tiada Isu Fake - Didakwa Ciplak Rekaan Baju Raya Jenama Lain, Ini Respon Asyalliee

loading...


Instafamous yang mempunyai lebih 1 juta pengikut di Instagram, Asyalliee tampil menafikan koleksi raya miliknya meniru rekaan jenama lain. Dakwa Asyalliee rekaan-rekaan berkenaan dibeli dari ‘open market’ dan bukan hak milik siapa. Betul ke? Berikut penjelasan darinya.


Koleksi original




Salam all. Kami di pihak @asyalliee.by.shasyahabib begitu terkilan dgn sebuah jenama fesyen yg memburukkan reputasi jenama kami di mata umum. Selama ini kami berdiam diri namun nampaknya sekali lg kami terpaksa tampil kerana terlalu banyak provokasi yg dilakukan termasuk menggunakan akaun palsu utk mengeruhkan keadaan.Setelah byk serangan di media sosial, kami menelefon owner kpd jenama tersebut dan ingin mencari solusi tetapi di reject sebanyak 6 kali

Sebenarnya tiada isu siapa tiru siapa ataupun isu fake kerana kami mengeluarkan label di bawah jenama kami sendiri. Utk makluman, sesuatu produk itu boleh dipanggil sebagai fake hanya apabila ia mengeluarkan koleksi yg sama menggunakan label jenama yg sama. Namun berbeza di sini kerana kami juga mengeluarkan koleksi yg original kerana secara terang menggunakan label Asyalliee by Shasya Habib

Industri fesyen ini sangatlah kerdil dan tidak mungkin kami boleh mengeluarkan design2 itu sekiranya mereka mempunyai hak eksklusif terhadap fabrik/design mahupun jahitan. Persoalannya di sini hanyalah berkaitan masa (timeline),iaitu kami tidak release awal
Bila stok itu sampai, baru kami dpt shoot koleksi terbaru ini di saat2 isu sudah mula viral. Hanya kerana kami keluar lewat tidak bermaksud keluaran kami adalah yg tidak original. Cuba bayangkan jika kami release lebih awal, adakah sebaliknya akan berlaku? Apapun, di bulan yg mulia ini, kami hanya ingin berniaga secara aman dan ikhlas
Mungkin ada pihak cuba utk menjatuhkan jenama kami dgn cara yg sebegini tetapi ingatlah Allah tetap ada. Allah tidak mungkin memakbulkan doa2 yg tidak baik… Kami menjaga kata2 & tidak ingin mengaibkan sesiapa yg terlibat. Rezeki Allah dah tetapkan masing2 utk kita semua… Semoga apa yg terjadi ini menjadi hikmah terbesar dlm hidup kami

Apapun kami yakin pelanggan sudah mampu utk menilai produk kami dengan kualiti yg terbaik pada harga yg MAMPU MILIK. Kualiti kain dan jahitan yg kami tawarkan sememangnya tiada tandingan pada harga yg cukup2 berpatutan. Semoga dgn penjelasan ini dpt menjernihkan kembali keadaan dan redha dgn rezeki yg Allah bagi.

Tak cukup dengan penjelasan tersebut, berikut lagi penjelasan dari beliau. Anda baca dan nilaikan.


Tak tindas rakyat





Design bukan milik siapa-siapa





Sumber : Asyalliee

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.