Tak Kenal Ibu & Anak, Sukar Bercakap - Cico Harahap Disihir Rakan Sendiri?

loading...


Dah lama kita tak dengar khabar mengenai pelakon dan juga penyanyi Cico Haharap ni kan. Kalau diimbas dulu-dulu Cico merupakan salah seorang pelakon yang top juga.

Terbaru, ibu Cico iaitu penyanyi veteran, Uji Rashid buka mulut ada pihak yang telah menganiaya anaknya. Ish kesiannya.. Diharapkan Cico sembuh seperti sediakala!

Ditinggalkan dekat pintu, Cico merangkak masuk




Menurut Uji Rashid, anaknya Cico Harapap jatuh sakit sehingga sukar bercakap didakwa kerana ada pihak yang cuba menganiaya. Namun, dia redha dengan ketentuan takdir walaupun tidak mengetahui niat sebenar pihak tersebut.

“Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda,”

Telefon bimbitnya turut dirosakkan dan direndam di dalam asid sehingga merosakkan bahagian dalam telefon bimbit tersebut. Katanya lagi, kejadian berlaku pada malam 25 Disember tahun lalu selepas Cico keluar untuk bertemu dengan rakan-rakannya.

“Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.
“Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah,”

Tak kenal ibu dan anak, sukar bercakap




Selepas kejadian itu berlaku, Cico dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malah, mereka juga menjalani perubatan Islam dan kini keadaannya semakin pulih cuma masih berasa sakit apabila nak bercakap.

Menurut Uji lagi, pada awal kejadian tersebut, Cico tidak kenal ibunya dan anaknya yang berusia lapan tahun, Rindu Nur Fitrah.

“Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu,”

Tambah Uji Rashid lagi, sebelum ini dia enggan membuka mulut tentang perkara ini kerana tidak mahu ada pihak yang tersalah tafsir mengenai keadaan yang menimpa Cico. Bagi dirinya ini adalah ketentuan Tuhan dan semuanya berlaku atas izinNya.

Uji Rashid juga meminta semua untuk mendoakan yang terbaik dan jangan bercakap yang bukan-bukan. Pelakon Ashraf Muslim juga dikatakan antara salah seorang yang turut memberi bantuan kepada Cico.

sumber : Media Hiburan

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.