Fattah Amin Dan Fazura Di Kecam Netizen & Selebriti Yang Cemburukan Mereka

loading...

Keserasian dan kemesraan hero dan heroin drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura tidak dinafikan membuatkan ramai orang merasa cemburu termasuk beberapa golongan selebriti.
Pasangan yang kini dilabel Fattzura ini memberitahu mereka tidak mahu terlalu mengambil pusing ataupun melatah dengan kecaman netizen dan luahan tidak puas hati yang dilemparkan oleh rakan selebriti di media sosial.



Saya dengan Fattah selalu cakap, kita tak boleh membaca hati orang. Kita juga tidak mampu untuk menduga niat seseorang sama ada baik atau sebaliknya. Cuma, apa yang kita boleh buat adalah terus bersabar dan percaya apabila sesuatu perkara hendak berjaya, akan ada halangan sedemikian.



Meskipun lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai reaksi negatif sesetengah pihak, Fattah bagaimanapun ada meluahkan rasa terkilannya dengan “haters” yang seakan hendak menutup periuk nasinya.

Pernah berlaku ketika saya menghadiri satu sesi promosi, tiba-tiba ‘client’ saya tidak dapat memuat naik gambar kerana akaun Instagram kami digodam. Tak sangka ada pihak yang busuk hati sampai ke tahap hendak menutup periuk nasi orang. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dan mungkin tindakan susulan akan dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.



Kalau dilayan segala komen negatif memang sampai bila-bila pun ia tidak akan berakhir. Anggap sahaja ia cabaran untuk anda berdua yang kini semakin popular dan mendapat tempat di hati penonton.

Sumber Berita : BH ONLINE
Kredit Foto : MSG & Co.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.