Ini Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular, Banyak Keputusan Dipertikaikan

loading...

Ini Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular, Banyak Keputusan Jadi Bualan



Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 telah berlangsung malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Nampaknya Anugerah kali ini seperti kurang menerima sambutan seperti zaman dahulu.

Keputusan pada anugerah ini juga sering dipertikaikan oleh orang ramai kerana selalunya ketika ini banyak artis atau kelab penyokong artis yang undi sendiri bintang kesayangan mereka untuk menang.

Perkara ini juga pernah diutarakan oleh artis berpengalaman seperti Aznil Hj Nawawi satu masa dulu.

Malah Johan Raja Lawak juga pernah bercakap hal ini dan tidak mahu peminat membazir duit semata-mata untuk mengundi dirinya

Pada edisi kali ini, Fattah Amin telah menang besar.

Fattah Amin telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan telah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan juga dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

Memang rezeki buat Fattah Amin. Seronok sakan para penyokong pelakon kacak ini.

Menerusi kemenangannya bagi Bintang Paling Popular, Fattah telah berjaya membawa hadiah utama iaitu kereta jenis Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi.

Ini keputusan penuh ABPBH 3.0 :-

1) BINTANG PALING POPULAR: FATTAH AMIN
2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR
3) PENYANYI WANITA POPULAR: SITI NORDIANA
4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: AKIM & THE MAJISTRET
5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR
6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: SWEET QISMINA
7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN
8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: FAZURA
9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN
10) PELAKON TV WANITA POPULAR: JANNA NICK
11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK
12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA
13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: RADIN (ERA FM)
14)ARTIS VERSATIL POPULAR: IFA RAZIAH

Anugerah Khas
ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: ELLA

Kategori Online
GANDINGAN SERASI DRAMA: NEELOFA DAN FATTAH AMIN (SURI HATI MR.PILOT)
GANDINGAN SERASI FILEM: SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)
PERSONALITI MEDIA SOSIAL: SI MAKHLUK MACHO
ARTIS BERPENGARUH LAMAN SOSIAL: NEELOFA
ARTIS SENSASI: FATTAH AMIN

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.