Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!!

loading...

Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!! |Mungkin nanti, robot bukanlah sekadar mesin menjaja di pejabat anda tapi juga bakal menjadi staff mengambil tempat anda.

Mari kita lihat jenis pekerjaan yang sudah mula diambil alih oleh mesin.

1.Agen pelancongan

Dengan adanya laman sesawang dan aplikasi seperti Expedia, Airbnb, dan AirAsiaGo anda tidak lagi memerlukan bantuan agen pelancongan untuk menempah hotel dan tiket penerbangan.

Malah, aplikasi dan laman web ini juga turut menawarkan pakej pelancongan mengikut kehendak anda. Jadi, anda juga sudah perlukan khidmat ejen pelancongan yang tidak fleksible dan merancang perjalanan anda sendiri.

2.Operator komputer

Operator komputer bertugas untuk memastikan komputer berfungsi dengan baik. Namun kini mereka sudah tidak perlukan lagi kerana terdapat pelbagai perisian yang direka untuk membaiki komputer tersebut secara automatik.

Dengan adanya perkembangan teknologi yang sedemkian, kita juga boleh mengesan jikalau terdapat masalah di telefon dan laptop dengan menggunakan perisian tertentu.

Jikalau terdapat kerosakan, perisian tersebut akan segera mengesan dan membaiki dengan sendiri.

3.Ejen insuran

Tuntutan anda mungkin lebih mudah dengan menggunakan mesin. Sebuah syarikat Jepun,  Fukoku Mutual Life Insurance pernah memberitahu media tentang rancangan mereka untuk menggantikan pekerjanya dengan Artificial Intelligence untuk mempercepatkan proses tuntutan.

4.Peguam

Baru-baru ini, robot peguam yang pertama telah dihasilkan. Menariknya setakat ini, robot tersebut telah membantu menyelesaikan isu denda parkir dan juga isu kelewatan penerbangan.

Ia merupakan servis percuma yang dicipta oleh Joshua Browder di mana anda boleh menceritakan mengenai permasalahan anda di ruang sembang. Sehingga kini, robot tersebut telah memenangi sebutan 160,000 kes tiket parkir sejak dilancarkan Mac 2016 lalu.

Dengan penggunaan lebih 250,000, lama kelamaan mungkin ia mampu mengambil alih bidang undang-undang manusia.

5.Posmen

Sebelum internet diperkenalkan, masyarakat sering menggunakan perkhidmatan penghantaran surat. Namun kini, tiada siapa peduli untuk menggunakannya lagi. Malah, surat rasmi juga sudah mula dihantar melalui emel dan membuatkan para posmen mula memikir kerjaya baru.

6.Pemandu

Meskipun kemunculan Uber dan GrabCar merupakan satu inovasi besar dalam industri pengangkutan namun mereka juga bakal menerima nasib yang sama apabila kereta yang boleh memandu sendiri tanpa pemandu diperkenalkan dan akan mula digunakan di atas jalan raya. Malah, Singapura juga sudah mula mencubanya dan dinamakan nuTonomy.

Kereta pandu-sendiri ini menggunakan radar, GPS dan komputer untuk mengesan keadaan sekeliling. Secara mudahnya, mereka menggunakan data pancaindera yang diprogramkan untuk memahami keadaan sekelilingnya.

Isu keselamatan merupakan faktor utama yang menjadi kelewatan untuk projek ini dilancarkan. Jadi, setelah semuanya sempurna, ia pasti akan dilancarkan.

7.Juruterbang

Sama seperti kereta yang boleh memandu dengan sendiri, kapal terbang yang boleh memandu dengan sendiri juga bakal dilancarkan. Baru-baru ini, US sedang mencipta dan mencuba robot juruterbang yang dinamakan Aircrew Labor In-Cockpit Automation System (ALIAS).

ALIAS mempunyai kamera untuk membantunya mengamati suis dan meter di dalam kapal terbang. Malah, robot tersebut juga mempunyai lengan untuk mengawal pendikit.

Fungsi utama ALIAS ialah untuk memudahkan para juruterbang untuk fokus kepada perkara lain seperti mendapatkan maklumat.

8.Pakar bedah

Baru-baru ini, Smart Tissue Autonomous Robot (STAR) sedang diuji untuk melakukan pembedahan tisu lembut pada bahagian perut khinzir dengan menjahit kembali ususnya pada pembedahan terbuka.

Hasilnya, jahitan tersebut lebih kemas dan mengurangkan peluang untuk ia kembali terbuka.

Apa yang lebih menakutkan, pakar juga mengaku bahawa STAR melakukan kerja yang lebih baik dari pakar bedah manusia.

Oh tidak, anda pasti mahu memikirkan semula karier pilihan anda sekarang.Sumber –Era Baru

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

The post Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!! appeared first on KITA VIRAL.



from KAKIPINGJE

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.