Identiti Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Terbongkar

loading...
Identiti Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Terbongkar. Warga Korea Utara yang ditahan pada Jumaat malam lalu berkaitan kes pembunuhan Kim Jong Nam, se orang pakar dalam kimia, lapor The Star.

Ri Jong Chol ditahan pada Jumaat malam dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Dia ialah lelaki pertama daripada 4 suspek diburu polis dalam kes pembunuhan Jong Nam, yang juga abang sebapa pada ketua Korea Utara, Kim Jong Un.

Identiti Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Terbongkar. Sumber polis berkata, Ri dari Pyongyang, tamat pengajian dalam bidang sains dan perubatan dari sebuah universiti di Korea Utara pada 2000.

Suspek kemudian membuat kerja penyelidikan di Kolkata, India sehingga 2011 sebelum kembali ke ibu kota Korea Utara.

Dia datang ke Malaysia untuk bekerja beberapa tahun lalu selepas menerima tawaran sebuah syarikat IT berpangkalan di sini, menurut akhbar itu.

“Terlalu awal untuk menyimpulkan yang dia dalang cecair beracun dipercayai digunakan untuk membunuh Jong Nam, kerana siasatan masih dijalankan.

“Suspek juga disoal siasat di mana 3 lagi rakan subahatnya berada, yang sehingga kini masih bebas,” kata sumber.


Identiti Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Terbongkar


Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Ri ditahan pada jam 9.50 malam, Jumaat.

Suspek dikenal pasti menerusi kad i-Kad miliknya, iaitu kad yang dilancarkan 3 tahun lalu bagi memastikan semua pekerja asing berdaftar memiliki dokumen pengenalan bagi membantu pihak berkuasa memeriksa maklumat peribadi, termasuk syarikat tempat mereka bekerja. Ia dikeluarkan sebaik saja pekerja asing memperbaharui permit kerja mereka.

Suspek direman 7 hari dan ditahan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang.

Sementara itu, wakil Kedutaan Korea Utara dilaporkan datang ke IPD Sepang kira-kira jam 4 petang semalam dan berada di sana selama 3 jam.

Menurut The Star, pegawai kedutaan dipercayai ke IPD itu untuk bertemu Ri.

Pada Rabu, polis menahan seorang wanita pemegang pasport Vietnam, bernama Doan Thi Huong, selepas dia kembali ke tempat kejadian untuk menaiki pesawat ke Vietnam.

Pada awal Khamis, polis menyerbu bilik di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur untuk menahan suspek wanita kedua. Suspek memegang pasport Indonesia dengan nama Siti Aisyah, dari Serang, berhampiran Jakarta.

Kedua-dua suspek wanita itu dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV yang diambil dari terminal klia2 pada hari kejadian.

Identiti Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Terbongkar


Suspek ketiga dalam tahanan polis ialah warganegara Malaysia berumur 20-an, dan dikatakan teman lelaki Siti Aisyah.

Dengan penahanan terbaru itu, polis kini memburu 3 lagi lelaki dalam siasatan pembunuhan Jong Nam, menurut akhbar itu.

Jong Nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, tiba di Malaysia pada 6 Februari dan dijadualkan menaiki pesawat ke Macau jam 9 pagi pada Isnin.

Ketika di klia2, dia didatangi seorang wanita yang menyemburnya dengan sejenis cecair manakala seorang lagi wanita menyerkup mukanya.

Identiti Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Terbongkar. Mangsa meminta bantuan perubatan di kaunter perkhidmatan klia2 tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - fmt




Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.