Akhirnya Sharnaaz Mohon Maaf Kepada Keluarga Bakal Mertua, Akui Tak Selesa Dengan Fattah Amin

loading...

Akhirnya Sharnaaz Mohon Maaf Kepada Keluarga Bakal Mertua, Akui Tak Selesa Dengan Fattah Amin


Sharnaaz telah membuat kenyataan yang agak kontroversi dan pedas kepada pelakon yang baru melancarkan buku iaitu Fattah Amin.

Kerana itu, Sharnaaz Ahmad menerima kecaman daripada orang ramai terutama peminat fanatik Fattah.

Ini termasuk bakal adik iparnya Neelofa yang merasakan tindakan Sharnaaz itu 'salah'.

Sharnaaz menerusi Berita Harian berkata, punca 'amukannya' adalah kerana netizen yang sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitakan nama Sharnaaz dan orang disekeliling beliau dalam isu Neelofa dan Fattah.

Ini komennya:

Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur langsung dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan nama saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial.

Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu.

Sebenarnya, pelakon ini menafikan beliau mempunyai sebarang perselisihan faham dengan Fattah.

Tetapi, Sharnaaz akui dia tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripada pelakon berkenaan.

Sharnaaz memberitahu beliau sudah memohon maaf kepada keluarga bakal mertuanya berkenaan isu berkenaan.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.