Tak setuju halang sumber asing salur dana

loading...
Cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk tidak membenarkan sumber dana politik daripada luar negara perlu diperhalusi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Dengan adanya akta ini, maka ia mewujudkan ketelusan daripada mana sumber dana tersebut diperoleh terutamanya jika ia datang daripada sumber luar negara. Cuma saya tidak setuju cadangan yang tidak membenarkan sumber dana politik daripada luar negara.

“Yang patut diharamkan ialah sumber dana politik yang datang daripada sumber haram seperti daripada kumpulan gengster, penjenayah, pengganas atau pihak yang mahu mencampuri urusan politik Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Puad berkata, pihak pembangkang harus menyokong akta khas mengenai dana politik yang akan diwujudkan itu.

"Saya berharap pembangkang khususnya Bersih menyokong cadangan akta dan cadangan-cadangan jawatankuasa dibawa ke Parlimen.

"Apatah lagi selama ini merekalah (pembangkang) yang sering mendabik dada sebagai pejuang pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.