Rupanya Ini Kesan Bila Termakan Banyak Dedak?

loading...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang didakwa membentuk hubungan berasaskan faedah apabila bertindak bekerjasama dengan media kawalan Yahudi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman membuat dakwaan itu turut menggambarkan kedua-dua pihak itu seakan ‘berkahwin’ atas niat menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Mahathir yang pernah menentang Israel sebelum ini nampaknya bersubahat ekoran mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menyingkir Perdana Menteri.

“Agenda Mahathir adalah untuk menurunkan Najib dan pemimpin yang bersamanya. Saya diberitahu dia menggunakan media asing dan anda semua sedar bahawa, sesetengah media (asing) dikawal oleh Yahudi,” kata Tajuddin mengulas tentang serangan media asing ke atas Najib.

“Orang-orang Yahudi yang mungkin tidak berpuas hati dengan pencapaian negara ini. Ia boleh menjadi Yahudi, ia boleh menjadi sesiapa sahaja yang menentang kami (kerajaan), yang pasti, ia hanya hubungan atas dasar faedah,” katanya lagi.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industi Asas Tani bagaimanapun tidak merujuk secara khusus mana-mana media asing, tetapi berkata demikian ketika memberi komen tentang kedua-dua Wall Street Journal dan Australian Broadcasting Channel yang mendedahkan pelbagai transaksi wang yang dibuat oleh seorang putera Saudi kepada Najib.

Tajuddin mengakui taktik’ pembangkang yang berulang kali membangkitkan isu derma politik RM2.6 bilion sebagai ‘politik kotor’ memandangkan ia telah dijawab oleh Najib sendiri.

“Mereka terlalu bersikap sempit dalam objektif dan fokus. Fokusnya hanya pada jawatan. Siapa yang mereka mahu selaku Perdana Menteri?

“Apakah mereka boleh memberi jaminan bahawa orang lain yang menggantikan tempat Najib mampu menjadikan negara ini lebih baik? Apa jaminan yang mereka ada? Tuhan sahaja yang tahu.

Agensi berita ABC dari Australia pada Isnin menerbitkan satu laporan bertajuk, “Skandal 1MDB Najib Razak: Akaun Perdana Menteri Malaysia cetus pengubahan wang haram dalaman.”

Ia mendakwa Najib menerima beratus-ratus juta dolar Amerika sebagai hadiah daripada keluarga diRaja Saudi.

Dakwaan ini dikaitkan dengan skandal sumbangan politik RM2.6 bilion yang diterima Najib yang selepas disahkan tidak berlaku sebarang salah laku oleh Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali.






Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.