Janda Jimmy Dipenjara Tiga Hari

loading...
SHAH ALAM – Mahkamah Rayuan Syariah di sini semalam memerintahkan bekas isteri kepada selebriti Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, dipenjara tiga hari berkuat kuasa semalam selepas didapati mengingkari perintah berhubung hak lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka, Zahrah Rania, 5.
Nursuhaila Eliani Suhaimy

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut turut sebulat suara menolak rayuan Nursuhaila untuk mengetepikan hukuman penjara selama seminggu kerana mengingkari perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anaknya.

Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah, Datuk Aidi Moktar itu kemudian mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada tujuh hari kepada tiga hari selepas satu rekod rayuan Nursuhaila menunjukkan pada bulan Mei tahun lalu responden (Jimmy) telah dapat bermalam dengan anaknya.

Penghakiman yang dibacakanHakim Rayuan Syariah, Datuk Aidi Moktar itu ke- mudian mengurangkan tempoh hukuman pen­jara daripada tujuh hari kepada tiga hari selepas satu rekod rayuan Nur­suhaila menunjukkan pada bulan Mei tahun lalu responden (Jimmy) telah dapat bermalam dengan anaknya.

"Walaupun terlewat ia boleh dijadikan alasan untuk mengurangkan perintah komital (pen­jara) yang dikenakan terhadapnya," katanya ketika membaca penghakiman di Mahkamah Rayuan Syariah di sini semalam.

Kosmo! pada 29 Januari lalu melaporkan Nursuhaila dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana gagal menyerahkan anak mereka kepada tiga tarikh giliran penjagaan kepada Jimmy yang merupakan pengacara dan deejay radio.

Nursuhaila menjalani huku­man berkenaan di Penjara Wa- nita Kajang dekat sini.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 36, diwakili peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus manakala peguam syarie, Sa'adiah Din pula mewakili Nursuhaila.

Pasangan itu sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 pada 10 Oktober 2012 selepas masing- masing mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

Mereka bernikah pada 1 Okto­ber 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursu­haila pada 31 Januari 1986.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.