Ajal Ditelan Kotak Lif

loading...

Pelabuhan Klang-Kira-kira jam 4 petang Isnin lalu, lima penghuni Apartmen Klang Villa, di sini, menaiki lif dari tingkat tujuh untuk ke aras bawah.

Beberapa orang daripadanya mahu ke pejabat pengu rusan apartmen (JMB) untuk membuat aduan mengenai sebuah Iagi lif yang rosak sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, seti banya di tingkat em pat, lifberke naan tersekat dan pintu ter buka sendiri menyebabkan mereka keluar dengan beberapa orang menuruni tangga.

Tidak lama selepas itu, kotak lif naik sendiri ke tingkat lima sedangkan pin tunya masih terbuka di tingkat empat. Malang kea daan itu tidak disedari Mohd Din Salahuddin, 64, yang masuk selepas mendapati pintu lif terbuka.

Keadaan itu mengakibat kan dia terjatuh dan meninggal dunia akibat parah di kepala, kaki dan rusuk.

Anak bongsu mangsa, Mohd Sobri, 22, berkongsi kisah sedih itu bersama wartawan.
"Sehingga saat ini saya masih terbayang wajah ayah berlumuran darah dengan ke cederaan di kepala, kaki ma nakala tulang rusuk patah.

Saya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakan arwah yang turut ma hu menaiki lif bersamanya pada hari kejadian.

Kebetulan, saya berada di rumah apabila terdengar se seorang menjerit memaklumkan kejadian itu. Tanpa berlengah, saya meluru ke tingkat empat sebelum mendapati ayah dalam lubang lif.

Saya berlari me­nuruni tangga ke tingkat bawah untuk menda patkannya na mun menunggu beberapa minit kerana plhak JMB belum membuka pintu lif berkenaan.

Sebaik saja pintu lif di- buka, saya mahu mengeluarkan ayah, namun MB meminta saya serta pendu duk lain menunggu keda tangan ambulans yang dikatakan sudah dihubungi.

Namun, selepas hampir 15 minit menunggu, ambulans belum tiba dan bimbang lif jatuh menghempap ayah yang ketika itu masih ber nafas, saya dibantu bebe­rapa penduduk turun ke lubang itu dan mengangkatnya keluar.

Ketika itu ayah masih bernyawa, namun dia tidak sedarkan diri dan lima minit selepas dibawa keluar, dia menghembuskan nafas ter khir di depan saya.

Luluh hati saya menge nangkan ayah meninggal dunia dalam keadaan seperti itu. Apa yang saya ke salkan, selama ini sudah banyak aduan berkenaan ke- rosakan lif diajukan kepada JMB namun keadaannya te tap sama, sering terse kat -sekat dan kali ini ia me ragut nyawa bapa saya.

Saya membuat laporan di Balai Polls Pandamaran, kel marin dan kami sekeluarga sudah berbincang untuk mengambil tindakan un dang undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"Kami tidak mahu ada lagi penduduk terkorban berikutan kecuaian pihak tidak bertanggungjawab seperti ini," katanya.

Sumber Harian Metro

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.