Berita Terkini! - Nora Danish Berusaha Untuk Jadi Ibu Terbaik

loading...


Bagaikan tiada penghujung, nama Nora Danish bagaikan tidak pernah lekang daripada menjadi bahan kontroversi. Selain kisah peribadinya bersama bekas kekasih, Nora juga turut dikatakan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu terhadap anaknya, Rayqal.

“Siapa tidak sayang anak? Sebagai ibu, kalau boleh setiap masa asaya mahu berada di sisi Rayqal dan tidak mahu berkongsi kasih sayang ini dengan sesiapa pun. Tapi saya terpaksa akur kerana dia juga masih ada bapa dan datuk serta nenek yang amat menyayangi Rayqal”
“Jadi saya harus bergilir-gilir dengan mereka. Tiga hari Rayqal bersama saya, lima hari di rumah datuk dan neneknya manakala tigak hari lagi bersama Jejai. Sebagai cucu sulung, Rayqal menjadi kesayangan ibu dan bapa mentua saya, mereka terlalu sayang kepadanya”
Pada waktu sama, Rayqal juga seronok bersama mereka kerana rumah datuk dan neneknya lebih luas serta ada sepupu yang hampir sebaya tinggal bersamanya. Jadi Rayqal tidak sunyi di sana. Ibu mentua saya seorag yang sangat baik jadi saya perlu balas budinya”
“Saya bukan menggunakan Rayqal untuk memancing mereka, Rayqal adalah cucu mereka. Jadi mentua turut mempunyai hak ke atas Rayqal. Mungkin orang tidak perasan, sebenarnya sudah lama saya cuba menjauhkan diri daripada keluarga mentua”
“Saya mengelak daripada terlalu kerap menghadiri acara yang dianjurkan mereka kerana tidak mahu dituduh masih mengharapkan keluarga mentua. Orang tidak perasan semua itu, tetapi mereka terus menerus menghentam saya sehingga ibu saya turut diheret sama. Itu yang menyebabkan saya bertambah sedih,” jelas Nora kepada Berita Harian.
Jujurnya, Nora ada pilihan untuk terus melayan haters atau terus fokus pada apa yang diusahakan ketika ini. Akhirnya nanti, hanya diri sendiri tahu apa yang benar. Semakin dilayan kritikan, semakin lambat langkah Nora untuk terus ke hadapan. Apa pun, terpulang kepada empunya diri untuk terus tenggelam melayan perkara negatif atau terus tumpukan perhatian untuk masa hadapan.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.